Sunday 24 August 2014

FREE PALESTINE

Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuannya. Bersamalah kita mendoakan kemenangan Palestin dari Israel dan semoga Allah memberikan mereka kekuatan serta ketabahan yang tiada batasan di dalam menempuhi dugaan yang maha hebat ini. 



Kami di sini berbangga kerana mereka masih lagi tabah dan tidak sesekali gentar dengan kekejaman rejim zionis. Walaupun tidur dengan di hujani peluru, makan tidak pernah kenyang, mereka tidak pernah berganjak daripada mempertahankan tanah bersejarah ini.

















Semoga para pejuang serta rakyat Palestin yang telah terkorban mendapat ganjaran yang setimpal dengan pengobanan serta perjuangan mereka. Hanya Allah yang mengetahui segalanya yang tersirat dan tersurat di setiap apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaik. Al-fatihah serta doa dari kami tidak akan pernah putus untuk saudara kami di sana!

#freepalestine
#savegaza

No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA