Sunday 17 August 2014

MARHABAN PPKI 2014

Pada  4 hingga 13 Ogos 2014 bersamaan 8 hingga 17 Syawal 1435 H, PPKI SK Tanjung Puteri Resort telah mengadakan aktiviti marhaban ke rumah murid-murid Pendidikan Khas. Aktiviti yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ibu bapa serta semua warga PPKI SKTPR. Disamping itu juga dapat mengaplikasikan pembelajaran di luar bilik darjah dari aspek pengurusan tingkahlaku dan etika berkunjung.

Sebanyak 18 buah rumah telah kami lawati dan kami turut di hidangkan pelbagai menu juadah  yang enak dari semua keluarga yang terlibat memeriahkan aktiviti ini. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka dan berharap tidak akan serik menerima kunjungan kami lagi di masa akan datang.

Marhaban di rumah Adik Aireena di Tanjung Puteri Resort

Cikgu Khairiatun turut menerima kunjungan marhaban di Nusa Damai

Marhaban di rumah Pn Norasida di Nusa Damai juga

Marhaban di rumah Adik Hanisah di Cahaya Baharu



























Marhaban di rumah Adik Iman  di Seluang

Marhaban di rumah Adik Irfan di Tanjung Puteri Resort

Pn. Mazni di Seluang juga menerima kunjungan marhaban

Marhaban dan tahlil  di rumah Adik Aiman di Kg Pasir Putih





























Selamat Hari Raya Aidilfitri 


Maaf Zahir & Batin


Dari kami Warga PPKI SK Tg Puteri Resort!



No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA