Wednesday, 24 September 2014

HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2014




Program Susu Sedunia telah diadakan pada 24 September 2014. SK Tanjung Puteri Resort juga turut terlibat menjayakan program ini. Antara murid yang terlibat ialah sebilangan murid Aliran Perdana dan semua murid Pendidikan Khas. Semua murid yang menerima susu 1 Malaysia ini diberi taklimat tentang Panduan minum susu kotak dengan betul.

Panduan minum susu kotak

































































Sunday, 21 September 2014

MAJLIS ANUGERAH KERIS EMAS DAN PERAK PENGAKAP KANAK-KANAK PPM PG46


 Pada 21 September 2014 telah berlansung Majlis Penganugerahan Lencana Keris Emas dan Perak Pengakap Kanak-kanak SKTPR. Majlis disempurnakan oleh Tuan Hj Ibrahim Abdullah, Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor. Turut hadir sama ialah Pn Maslinda Mat Daros, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Gudang.  Dua orang murid PPKI turut sama menerima Anugerah Keris Perak iaitu adik Adik Muhammad Harris Hakimi Zurhadi dan adik Muhammad Fitri Aiman Mohd Noor . Tahniah !







Tuesday, 9 September 2014

TERAPI BOLING 2014

Terapi boling telah diadakan pada 9 September 2014. Aktiviti ini bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Pusat Boling Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang Johor. Aktiviti ini akan dilakukan sebanyak dua kali dalam setahun. Semua murid yang hadir, 9 guru termasuk ppm juga turut serta dalam aktiviti ini.

Pusat boling Tg Puteri Golf Resort

Antara objektif utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk:

  • Melatih pergerakan lokomotor dan psikomotor murid.
  • Murid dapat meningkatkan pendekatan kognitif da memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.
  • Mendedahkan murid tentang situasi sebenar tentang sukan permainan boling.
  • Menilai potensi diri yang maksimum melalui daya saing untuk menang.
  • Mencungkil bakat murid Pendidikan Khas dalam permainan ten pin boling.
  • Melahirkan pemain yang berkebolehan, berbakat, berdisiplin, lasak dan mantap serta mampu berdaya saing.
Cikgu Huda sedang membuat bayaran









Wednesday, 3 September 2014

TRANSISI MENGULI DONUT

Transisi kali ini diteruskan dengan Menguli Donut pula. Pelajar di dedahkan tentang cara-cara membuat donut yang sangat ringkas dan mudah. Disamping itu juga, ia dapat menarik minat murid untuk belajar selain daripada melakukan aktiviti biasa seperti mewarna dan lain-lain.

Cikgu Azrol mengikat tali apron pada murid


Murid Kelas Jauhari sangat bersemangat untuk mengikuti pembelajaran ini. Transisi Menguli Donut ini di jalankan pada 2 September 2014 dan di ketuai oleh Cikgu Azrol.

Resepi Donut 

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
5 biji kentang ( direbus dan dilecek halus )
2 sudu besar susu tepung / pekat
1 sudu besar majerin
1 bungkus yis ( di bancuh bersama 1 cawan air dan 1 sudu gula )
air secukupnya

Gula castor ( untuk menyira donat )


Cara-cara:

- Masukkan tepung gandum, kentang, susu, marjerin dan yis. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya.
- Uli sehingga doh bersatu dan menjadi lembut ( anggaran dlm 15-20 minit )
- Setelah doh lembut, tutup bekas sehingga doh naik dua kali ganda.
- Setelah doh naik, uli sekali lagi untuk membuang angin di dalam doh.
- Bentukkan doh dan tunggu sehingga doh naik semula.
- Goreng dalam minyak panas dan api yang perlahan.
- Sira donut dengan gula 


Masukkan tepung gandum di dalam bekas

Memakai sarung tangan sebelum menguli

Uli doh sampai lembut

Antara hasil kerja tangan murid. Sangat berbakat ! :)

Proses menggoreng

Setelah siap di sira dengan gula

Posing dulu sebelum makan :)


TRANSISI MEMBUAT PIZZA

Pada hari Selasa, 1 September 2014 Kelas Delima PPKI telah mengadakan Transisi Membuat Pizza. Resepi yang mudah dan sedap ini menarik minat pelajar untuk mencuba sendiri di rumah. Transisi ini dikendalikan oleh Cikgu Huda.

Resepi Pizza Gardenia

Bahan-bahan:

1 buku roti gardenia
1 botol sos prego / cili
2 paket sosej
keju parmesan secukupnya


Cara-cara:

- Sapukan roti gardenia dengan sos prego / cili
- Susun sosej yang telah dipotong kecil di atas roti tadi
- Taburkan keju parmesan secukupnya di atas roti tadi
- Bakar pada suhu 150 C selama 10 minit


Cikgu Huda sedang membantu pelajar membuat pizza

Murid-murid mecuba sendiri 

Nampak menyelerakan :)



TRANSISI MEMBUAT KEK MARBLE

Pada 27 Ogos 2014 yang lalu, Kelas Jauhari dari PPKI telah mengadakan Transisi Membuat Kek Marble.
Transisi ini diketuai oleh Cikgu Azrol. Beliau menerangkan bahan-bahan, peralatan serta cara dan etika pemakaian yang betul semasa memasak. 

Murid-murid sedang meneliti cara mengadun kek

Resepi Kek Marble

Bahan-bahan:


500 g tepung optima
8 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak
2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara:


- Masukkan tepung optima, telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang dan gebu
- Masukkan susu cair dan pukul lagi
- Masukkan minyak dan pukul sampai rata
- Bahagikan kepada dua adunan dan satunya diletakkan serbuk koko
- Masukkan adunan putih dan koko di dalam loyang yang telah di sapukan majerin secara berselang seli
- Lorekkan adunan kek dengan lidi
- Bakar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek masak


Cikgu Azrol sedang memberikan penerangan

Meletakkan minyak didalam adunan kek

Adunan kek di letak secara berselang seli

Adunan dilorekkan dengan lidi

Kek yang telah siap dibakar

Atas permintaan yang tinggi, kami telah mengadun dua adunan sekali. hehehe




KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA