Thursday 29 May 2014

KEM PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SKTPR 2014

Pada 6 dan 7 Mei 2014 PPKI Tanjung Puteri Resort telah mengadakan perkhemahan pengakap selama dua hari. Penyelaras bagi program ini ialah Pn. NurulHuda binti Adam. 

Antara program yang dijalankan oleh peserta perkhemahan ialah, mendirikan khemah, kawad kaki, explorace, kemahiran barbeque, kemahiran asas berbasikal, penghasilan barangan kraftangan, senamrobik, kebersihan dan persiapan diri.

Pelajar mendirikan khemah dan diketuai oleh Cikgu Khairiatun


























Kawad kaki @ Perbarisan


























Selepas memasang khemah dan berkawad, pelajar menjalankan aktiviti explorace. Pelajar dikehendaki bermain permainan menyelesaikan masalah, bernyanyi dan mengenal jenis-jenis tumbuhan di sekeliling sekolah bagi menyelesaikan misi ini.


Pelajar dikehendaki memindahkan gelung getah kepada ahli kumpulan masing-masing sebelum diberi klu.
Tabik hormat dengan abang pengawal untuk mendapatkan  klu yang seterusnya.

Pemindahan bola ping pong dari sudu.

Setelah mendapat semua klu, pelajar dikehendaki melabel jenis-jenis tumbuhan.

Selesai aktiviti ini, semua pelajar kepenatan dan berehat sebelum aktiviti pengurusan diri, solat dan minum petang. 

Aktiviti seterusnya diteruskan pada sebelah malam. Selesai solat Maghrib dan Isyak serta Tazkirah, semua pelajar berkumpul dan meneruskan latihan dalam kumpulan yang berikutnya iaitu kemahiran barbeque. Mereka harus mencucuk satay dan membakarnya sendiri sebelum makan bersama-sama.

Pelajar mencucuk satay mereka sendiri dan diketuai oleh Cikgu Huda



























Membakar satay sendiri

Makan time..



























Selepas makan, aktiviti kebersihan tempat dan peralatan dijalankan sebelum mereka berehat dan tidur.

Keesokkan harinya, mereka bangun seawal 5 pagi untuk mandi, bersiap dan solat. Selepas itu, aktiviti senamrobik, kawad kaki, kemahiran asas berbasikal dan terakhir sekali penghasilan barangan kraftangan dijalankan.

Senamrobik diketuai oleh Cikgu Azrol dan Cikgu Fizalomi

Kawad kaki diketuai oleh Cikgu Edham

Kemahiran asas berbasikal diketuai oleh Cikgu Azrol

Penghasilan Barangan Kraftangan diketuai oleh Cikgu Hasnizah

Selesai semua aktiviti dalam kumpulan, pelajar diminta untuk membuka khemah masing-masing dan membersihkan tapak perkhemahan.

Membuka khemah




















Selesai membuka khemah, semua pelajar berkumpul di dewan terbuka bagi melancarkan acara Perasmian penutupan Kem Pengakap PPKI 2014. Ucapan dan penyampaian hadiah oleh Cikgu Saiful dan kami bergambar sebelum bersurai.

Ucapan penutupan oleh Cikgu Saiful

Penyampaian hadiah kepada pemenang dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan

Bergambar kenangan sebelum bersurai



























No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA