Tuesday 20 May 2014

LAWATAN KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN



Pada 22 April 2014 Program Pendidikan Khas Integrasi bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Program Pemulihan Khas sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan 2014. Seramai 26 orang murid dan 14 orang guru termasuk PPM turut serta dalam lawatan ini. Penyelaras bagi lawatan ini ialah Pn. Khairiatun Bt. Md Zin.



Sebelum memulakan perjalanan kami sarapan di kantin dahulu.

Guru-guru sedang mengagihkan makanan kepada murid-murid.



























Selepas bersarapan, kami memunggah barang-barang sumbangan berupa keperluan harian untuk didermakan kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Pelajar membantu memunggah barang sumbangan

Barang sumbangan di angkat ke dalam bas

Rajin murid-murid mengangkat barang-barang

Antara barang-barang sumbangan untuk warga emas



























Bersemangat mereka mengangkat barang-barang


Penuh bas dengan barang-barang sumbangan


























Pelajar diberi taklimat sebelum berangkat ke sana.

Taklimat disampaikan oleh En. Hisam Bin Saeed

Tekun pelajar mendengar taklimat



























Kami bertolak ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan


























Perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kami tiba di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan disambut mesra oleh Penjaga pusat jagaan ini yang lebih mesra dipanggil Pak Leh.

Pak Leh menyambut kami dengan senyuman

Setelah itu, semua barang-barang keperluan di agihkan kepada warga emas nur ehsan.

Bergotong-royong mengangkat barang-barang



Antara barang-barang sumbangan

























Acara penyerarahan barangan keperluan oleh Pn. Noresah Bt Abd Hamid (GPK HEM), En. Hisam dan Pn. Khairiatun

Tuan Hj Mohd Saifullizan B Hj Senin juga merasmikan acara penyerahan barangan sumbangan
Eh??? nak jugakkk...hihihihi



























Setelah itu, barang-barang diangkat dan disimpan di dalam stor.





Penuh dahh..Alhamdulillah


























Selepas selasai mengangkat barang, acara minum pagi bersama warga emas dimulakan. Hati menjadi sayu bila melihat raut wajah mereka yang pudar. Sedih hati ini sehingga kami sebak dan tidak dapat menahan air mata daripada gugur apabila melihat keadaan mereka.






Pelajar mengagihkan makanan kepada warga Nur Ehsan








Adik Harris menyuap makanan kepada warga emas ini kerana beliau tidak boleh makan tanpa bantuan :(




























Selepas itu, kami semua menjalankan aktiviti gotong-royong di bilik tidur dan luar kawasan persekitaran tempat tinggal mereka.

Pembahagian kumpulan dijalankan

Murid bersedia dengan peralatan masing-masing


Guru turut sama membantu


Pembersihan kawasan persekitaran

Pembersihan longkang sekeliling kawasan 


Pembersihan di dalam setiap bilik 



Pembersihan tandas

Acara penutupan diketuai oleh Pn. Hasnizah bt Che Mat. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pak Leh dan persembahan dari Cikgu Saiful dan Cikgu Khairiatun. Mereka mendeklamasikan sajak yang sangat menyentuh hati mengenai ibu dan ayah.

Cikgu Hasnizah mengacarakan majlis penutupan

Bacaan doa oleh Cikgu Azrol

Pak Leh menyampai ucapan penutupan



























Cikgu Saiful mendeklamasikan sajak

Cikgu Khairiatun juga mendeklamasikan sajak

Penyampaian cenderamata kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan


Adik Aiman sedang bersalaman sebelum pulang

Bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Bye bye Nur Ehsan..semoga berjumpa lagi :)




























Pusat jagaan Warga Emas Nur Ehsan tetap dalam ingatan

No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA