Friday 30 May 2014

LAWATAN KE BALAI BOMBA & MUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG 2014

Program Pendidikan Khas Integrasi SK Tanjung Puteri Resort telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Muzium Layang-layang Pasir Gudang, Johor. Lawatan ini di adakan pada 22 Mei 2014. Penyelaras bagi program ini ialah Pn. Nurulhuda Binti Adam dan disertai oleh 22 orang murid, 11 orang guru pengiring termasuk PPM.

Kami tiba di Balai Bomba Pasir Gudang


























Antara objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Selain itu juga, pelajar di beri pendedahan tentang asas menyelamatkan diri serta tindakan yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran.

Pelajar diberi taklimat mengenai kebakaran oleh ahli bomba

Pelajar diberi tunjuk ajar tentang tidakan sewaktu kebakaran


























Pelajar dapat melihat sediri peralatan di dalam trak bomba 

Pelajar juga dapat memegang sendiri peralatan bomba 
Pelajar juga diberi peluang menaiki trak bomba

Adik Harris feeling feeling nak jadi bomba gitewww..hehhehe
Adik Aireena berpeluang memegang pili bomba

Adik Azhar juga tidak ketinggalan mencuba
Pihak bomba turut menyediakan sedikit juadah buat kami semua. Jutaan terima kasih dari pihak kami kepada Balai Bomba Pasir Gudang, Johor atas layanan dan kerjasama yang amat baik daripada anda samua.

Kami bergambar sebelum pulang :)


























Setelah itu, kami berangkat ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang. Di sana, murid-murid di beri peluang untuk melawat muzium layang-layang, serta memberi keseronokkan buat mereka membuat layang-layang dan menerbangkannya sendiri.

Barangan yang terdapat di Muzium Layang-layang

Antara bentuk layang-layang yang dipamerkan di sana



























Bersemangat mereka membuat layang-layang




















Mereka cuba untuk menaikkan layang-layang buatan sendiri

Ada yang berjaya, dan ada yang tidak...tak apa, nanti boleh cuba lagi :)



























Layang-layang Cikgu Azrol laa yang naik paling tinggi...haaaa...kau hadooo?? hahaha

No comments:

Post a Comment

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA